PANDUAN MENGHAFAZ AL-QUR’AN
Sebenarnya adab-adab ini sudah saya kemukakan sebagiannya pada bagian yang sebelum ini. Bagaimanapun, tidak ada salahnya mengulanginya sekali lagi di sini.Diantara adab-adab menghafaz Al-Qur’an ialah: Dia mesti berada dalam keadaan paling sempurna dan perilaku paling mulia, hendaklah dia menjauhkan dirinya dari segala sesuatu yang dilarang Al-Qur’an, hendaklah dia terpelihara dari pekerjaan yang rendah, berjiwa mulia, lebih tinggi darjatnya dari para penguasa yang sombong dan pencinta dunia yang jahat, merendahkan diri kepada orang-orang sholeh dan ahli kebaikan, serta kaum miskin, hendaklah dia seorang yang khusyuk memiliki ketenangan dan wibawa.
Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab ra bahawa dia berkata:
“Wahai para qari (yang mahir membaca) Al-Qur’an, angkatlah kepalamu! Jalan telah jelas bagimu dan berlombalah kamu untuk berbuat kebaikan dan janganlah kamu menggantungkan diri kepada orang lain.”
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra, katanya: “Hendaklah penghafaz Al-Qur’an menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Qur’an ketika orang lain sedang tidur dan siang harinya ketika orang lain sedang berbuka. Hendaklah dia bersedih ketika orang lain bergembira dan menangis ketika orang lain tertawa, berdiam diri ketika orang lain bercakap dan menunjukkan kekhusyukkan ketika orang lain membanggakan diri.”
Diriwayatkan dari Al-Hasan bin Ali ra, katanya: “Sesungguhnya orangorang sebelum kamu, menganggap Al-Qur’an sebagai surat-surat dari Tuhan mereka. Maka mereka merenungkan pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.”
Diriwayatkan dari Al-Fuadhai bin Iyadh, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an tidak boleh meminta keperluannya dari seorang khalifah (penguasa) dan dari orang yang berada di bawah kekuasaannya.”
Diriwayatkan dari Al-Fudhai juga, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an adalam pembawa bendera Islam. Tidaklah patut dia bermain bersama orang yang bermain dan lupa bersama orang yang lupa, serta tidak berbicara yang siasia dengan kawannya untuk mengagungkan Al-Qur’an.”
Masalah ke-23:
Hal yang perlu diberi penekanan dari apa yang diperintahkan kepada penghafaz Al-Qur’an ialah agar menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan Al-Qur’an sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya.
Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Syibil ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Bacalah Al-Qur’an dan jangan menggunakannya untuk mencari makan, jangan mencari kekayaan dengannya, jangan menjauhinya dan jangan melampaui batas di dalamnya.”
Diriwayatkan dari Jabir ra, dari Nabi s.a.w: “Bacalah Al-Qur’an sebelum datang suatu kaum yang mendirikannya seperti menegakkan anak panah dengan terburu-buru dan mereka tidak mengharapkan hasilnya di masa depan." (Riwayat Abu Dawud)
Dia meriwayatkannya dengan maknanya dari riwayat Sahl bin Sa’ad, artinya mereka mengharapkan upahnya dengan segera berupa uang atau kemasyuran dan sebagainya.
Diriwayatkan dari Fudhai bin Amrin ra, katanya: “Dua orang sahabat Rasulullah s.a.w memasuki satu masjid. Ketika imam memberi salam seorang lelaki berdiri kemudian membaca beberapa ayat dari Al-Qur’an, kemudian dia meminta upah. Salah seorang dari keduanya berkata, Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’un.’”
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang suatu kaum yang meminta upah kerana membaca Al-Qur’an. Maka siapa yang meminta upah kerana membaca Al-Qur’an, janganlah kamu memberinya.” Isnad hadits ini terputus kerana Al-Fudhai bin Amrin tidak mendengar dari sahabat. Sementara mengambil upah kerana mengajar Al-Qur’an, maka para
ulama berlainan pendapat.
Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi menceritakan larangan mengambil upah kerana membaca Al-Qur’an dari sejumlah ulama, di antaranya Az-Zuhri dan Abu Hanifah. Sejumlah ulama mengatakan boleh mengambil upah jika tidak mesyaratkannya, iaitu pendapat Hasan Bashri, Sya’bi dan lainnya berpendaapat boleh mengambil upah. Jika menyinggung dan dengan akad yang benar, ada At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran Imam Nawawi 42 hadits sahih yang mengharuskannya kerana telah kerana telah ada hadits-hadits sahih yang mengharuskannya.
Ulama yang melarangnya berhujah dengan hadits Ubadah bin Shamit bahawa dia mengajarkan Al-Qur’an kepada seorang lelaki penghuni Shuffah, kemudia dihadiahkan kepadanya sebuah busur. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: (Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Jika engkau suka dipakaikan kalung dari api di lehermu, maka terimalah hadiah itu.” Hadits itu adalah hadits masyur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya. Dan berhujjah pula dengan banyak athar dari ulama Salaf. Para ulama yang mengharuskan boleh mengambil upah tadi menjawab tentang hadits Ubadah itu dengan dua jawapan: a) Bahawa dalam isnad hadits itu ada masalah. b) Orang itu menyumbangkan tenaga untuk mengajar, sudah tentu dia tidak berhak mendapat apa-apa. Kemudian dia diberi hadiah sebagai tanda terima kasih, maka dia tentu tidak boleh mengambilnya. Lain halnya dengan orang yang mengadakan akad dengannya sebelum mengajar. Wallahu’alam. Masalah ke-24:
Hendaklah dia memelihara bacaan Al-Qur’an dan memperbanyak bacaanya. Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang tempo dan jangka masa mengkhatamkan Al-Qur’an. Ibnu Abi Dawud meriwayatkan dari sebagian ulama Salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam setiap bulan.
Setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam dan setengahnya mengkhatamkan sekali dalam setiap delapan malam. Banyak dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam. setengahnya mengkhatamkannya dalam setiap enam malam. Dsan ada pula dari mereka mengkhatamkannya dalam setiap lima malam. Sedangkan setengah dari mereka ada yang mengkhatamkannya dalam setiap empat malam, setiap tiga malam atau setiap dua malam. bahkan setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sehari semalam. At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran Imam Nawawi 43 Di antara mereka ada yang mengkhatamkannya dua kali dalam sehari semalam dan ada yeng tiga kali. Bahkan setengah dari mereka mengkhatamkkannya delapan kali, yaitu empat kali pada waktu malam dan empat kali pada waktu siang. Diantara orang-orang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin Affan ra Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Asy-Syafi’i dan lainnya. Diantara orang-orang yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari semalam ialah Sali bin umar ra Qadhi Mesir pada masa pemerintahan Mu’awiyyah. Diriwayatkan bahawa Abu Bakr bin Abu Dawud ra mengkhatamkan Al-Qur’an tiga kali dalam semalam. Diriwayatkan oleh Abu Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan Qadhi Mesir bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali dalam semalam. Asy-Syeikh Ash-Shahih Abu Abdurahman As-Salami ra berkata: “Aku mendengar Asy-Syeikh Abu Usman Al-Maghribi berkata, ‘Ibnu Khatib ra mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu malam.” Ini adalah jumlah terbanyak yang saya ketahui dalam sehari semalam.
Diriwayatkan oleh As-Sayyid, Ahmad Ad-Dauraqi dengan isnadnya dari Manshur bin Zaadzan ra, seorang tabi’in ahli ibadah bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an di antara waktu Zuhur dan Ashar, kemudian mengkhatamkannya pula antara maghrib dan Isyak pada bulan Ramadhan dua kali. Mereka mengakhirkan sembahyang Isyak pada bulan Ramadhan hingga
berlalu seperempat malam.
Diriwayatkan dari Manshur, katanya: “Ali Al-Azadi mengkhatamkan Al-Qur’an di antara Maghrib dan Isyak setiap malam pada bulan Ramadhan.” Diriwayatkan dari Ibrahim bin Said, katanya: “Ayahku duduk sambil melilitkan serbannya pada badan dan kedua kakinya dan tidak melepaskannya hingga selesai mengkhatamkan Al-Qur’an.” Sedangkan orang yang mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak
sekali hingga tidak terhitung jumlahnya. Diantara orang-orang yang terdahulu
At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran
Imam Nawawi 44
ialah Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy dan Said bin Jubair ra yang
mengkhatamkan dalam setiap rakaat di Kaabah.
Manakala yang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu, di
antara mereka adalah Usman bin Affan r.a: Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin
Thabit dan Ubai bin Ka’ab ra Dan dari tabi in antara lain ialah Abdurrahman bin
Zaid, Alqamah dan Ibrahim rahimahullah. Hal itu berbeda menurut perbedaan
orang-orangnya.
Barangsiapa yang ingin merenungkan dan mempelajari dengan cermat,
hendaklah dia membatasi diri pada kadar yang menimbulkan pemahaman yang
sempurna atas apa yang dibacanya. Demikian jugalah siapa yang sibuk
menyiarkan ilmu atau tugas-tugas agama lainnya dan kemaslahatan kaum
muslimin yang bersifat umum, hendaklah dia membatasi pada kadar tertentu
sehingga tidak mengganggu apa yang wajib dilakukannya.
Jika kita belum termasuk ke peringkat yang di capai orang-orang yang
disebut ini, maka bolehlah kita memperbanyak membaca Al-Qur’an sedapat
mungkin tanpa menimbulakan kejemuan dan tidak terlalu cepat membacanya.
Sejumlah ulama terdahulu tidak suka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam
sehari semalam. Mereka bertolak dari hadits sahih yang diriwayatkan Abdullah
bin Amrin bin Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersada:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Tidaklah orang yang membaca (mengkhatamkan) Al-
Qur’an dalam waktu kurang dari tiga hari.”
(Riwayat Adu Dawud, Tirmidzi, Nasa’I dan lainnya)
Tirmidzi berkata, ini hadits hasan sahih. Wallahua’lam.
Sementara waktu permulaan dan pengkhataman bagi orang yang
mengkhatamka Al-Qur’an dalam seminggu, maka telah diriwayatkan oleh Abu
Dawud bahawa Usman bin Affan ra memulai membaca Al-Qur’an pada malam
jumat dam mengkhatamkannya pada malam Khamis.
Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah berkata dalam Al-Ihya: “Cara
yang lebih baik ialah mengkhatamkan sekali pada waktu malam dan sekali pada
waktu siang dan menjadikan pengkhataman siang pada hari Isnin dalam dua
rakaat fajar atau sesudahnya serta menjadikan pengkhataman malam pada
malam jumaat dalam dua rakaat Maghrib atau sesudahnya supaya awal
siangnya berhadapan dengan akhirnya.”
At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran
Imam Nawawi 45
Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dawud dari Umar bin Murrah At-Tabi’I,
katanya: “Mereka suka mengkhatamkan Al-Qur’an dari awal malam atau dari
awal siang.”
Diriwayatkan dari Thalhah bin Musharif seorang At-Tabi’I Al-Jalil,
katanya: “Barangsiapa mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu manapun pada
waktu siang, maka para malaikat mendoakan baginya sampai petang. Dan siapa
yang mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu manapun dari waktu malam,
maka para malaikat mendoakan baginya sampai pagi.” Diriwayatkan juga dari
Mujahid hadits seperti itu.
Diriwayatkan oleh Ad-Darimi dalam Msunadnya dengan isnadnya dari
Sa’ad bin Abi Waqqash ra katanya: “Jika pengkhataman Al-Qur’an bertetapan
dengan awal malam, maka para malaikat mendoakan baginya sampai pagi. Dan
apabila pengkhatamannya bertetapan dengan akhir malam, maka para malaikat
mendoakan baginya sampai petang.” Ad-Darimi berkata, ini hadits hasan dari
Sa’ad.
Diriwayatkan dari Habib Abi Thabit seorang tabi’in bahawa dia
mengkhatamkan Al-Qur’an sebelum rukuk. Ibnu Abi Dawud berkata,
“Demikianlah dikatakan oleh Ahmad bin Hanbal rahimahullah.”
Selanjutnya fasal ini akan dikemukakan lagi pada bagian berikutnya,
insya-Allah .
Masalah ke-25:
Memelihara membaca Al-Qur’an pada waktu malam. Hendaklah seorang
penghafaz Al-Qur’an lebih banyak membaca Al-Qur’an pada waktu malam dan
dalam sembahyang malam. Allah berfirman:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “…diantara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus,
mereka membaca ayat-ayat Allah s.w.t pada beberapa waktu di malam hari,
sedang mereka juga bersujud (sholat). Mereka beriman kepada Allah s.w.t dan
hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari
yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) berbagai kebajikan; mereka
itu termasuk orang-orang yang sholeh.
(QS Ali Imran: 113-114)
At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran
Imam Nawawi 46
Diriwayatkan dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim dari Rasulullah
s.a.w bahawa baginda bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah, seandainya di
sembahyang pada waktu malam.”
Dalam hadits lainnya dalam kitab Shahih disebutkan bahawa Nabi s.a.w
bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan;
dia kerjakan sembahyang malam, kemudian meninggalkannya.”
Diriwayatkan oleh Thabrani dan lainnya dari Sahl bin Sa’ad ra dari
Rasulullah s.a.w baginda bersabda:
“Kemulian orang mukmin adalah sembahyang di malam hari.”
Banyak hadits dan athar diriwayatkan berkenaan dengan hal ini.
Diriwayatkan dari Abu Ahwash Al-Jusyamiy, katanya: “Ada orang mendatangi
sebuah kemah pada waktu malam. Dia mendengar suara dari penghuninya
seperti dengungan lebah. Katanya: “Kenapa mereka merasa aman dari apa yang
ditakutkan oleh orang lain?”
Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakha’I bahawa dia berkata: “Bacalah Al-
Qur’an pada waktu malam, walaupun lamanya seperti memerah susu kambing.”
Diriwayatkan dari Yazid Ar-Raqasyi, katanya: “Jika aku tidur, kemudian aku
terbangun, kemudian aku tidur, maka kedua mataku tidak dapat tidur.”
Saya katakan: “Sesungguhnya sembahyang malam dan membaca Al-
Qur’an ketika itu amat diutamakan kerana ia lebih menyatukan hati dan lebih
jauh dari hal-hal yang menyibukkan dan melalaikan. Di samping itu ia lebih
mampu menjaga dari riya’ dan hal-hal lain yang sia-sia. Dan ia menjadi sebab
timbulnya kebaikan-kebaikan pada waktu malam.”
Sesungguhnya Isra’ Rasulullah s.a.w terjadi pada waktu malam. disebut
di dalam hadits:
(Teks Bahasa Arab)
At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran
Imam Nawawi 47
Terjemahan: “Tuhanmu turun setiap malam ke langit dunia ketika berlalu
sepertiga malam yang awal, kemudian berkata: “Aku adalah Raja (2x), siapa
yang memohon daripada-Ku maka Aku perkenankan.”
Diriwayatkan dalam hadits bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Pada waktu malam ada suatu saat di mana Allah s.w.t
mengabulkan doa setiap malam.”
Diriwayatkan oleh penulis Bahjatul Asraar dengan isnadnya dari
Sulaiman Al-Anmathi, katanya: “Aku pernah melihat Ali bin Abu Thalib ra
dalam mimpi berkata:
“Kalau bukan kerana orang yang sembahyang di malam hari dan lainnya
puasa pada waktu siang. Niscaya bumimu telah digoncangkan dari bawahmu
kerana kamu kaum yang buruk dan tidak taat.”
Ingatlah bahawa keutamaan sembahyang malam dan membaca Al-Qur’an
ketika itu akan menghasilkan sesuatu dan tercapainya yang sedikit dan yang
banyak. Semakin banyak hal itu dilakukan, semakin baik, kecuali jika meliputi
seluruh malam kerana yang demikian itu makruh dan boleh membahayakan
dirinya.
Hal yang menunjukkan tercapainya keutamaan itu dengan amalan sedikit
ialah hadits Abdullah bin Amrin Ibnu Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Barangsiapa sembahyang malam dan membaca sepuluh
ayat, dia tidak ditulis (dimasukkan) kedalam golongan orang yang lalai.
Barangsiapa yang sembahyang dengan membaca seratus ayat, dia ditulis dalam
golongan orang yang taat. Dan barangsiapa yang sembahyang membaca seribu
ayat, dia ditulis ke dalam golongan orang yang berlaku adil.”
(Riwayat Abu Dawud dan lainnya)
Ath-Tha’labi menceritakan dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Barangsiapa
sembahyang dua rakaat pada waktu malam, lalu dia bermalam dalam keadaan
sujud dan berdiri menghadap Allah s.w.t.”
At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran
Imam Nawawi 48
Masalah ke-26:
Perintah memelihara Al-Qur’an dan peringatan agar tidak melupakannya.
Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari ra dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Peliharalah Al-Qur’an ini. Demi Tuhan yang nyawa
Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh dia lebih mudah lepas dari unta
dalam ikatannya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Sesungguhnya perumpamaan penghafaz Al-Qur’an adalah
seperti unta yang terikat. Jika dia memperhatikan unta itu, dia boleh
menahannya. Dan jika dilepaskan, ia akan pergi.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga
(pahala) kotoran yang dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan
kepadaku dosa-dosa umatku. Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar
daripada surah atau ayat dari Al-Qur’an yang dihafaz oleh seseorang, kemudian
dilupakannya.”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
Hadits ini dipersoalkan darjat dan kedudukannya.
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Ubadah dari Nabi s.a.w, banginda bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Barangsiapa membaca Al-Qur’an, kemudian
melupakannya, dia berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat
dalam keadaan sedih yang amat.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi)
At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran
Imam Nawawi 49
Masalah ke-27:
Orang yang tertidur sebelum membaca wiridnya. Diriwayatkan dari
Umar bin Al-Khatab ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Barangsiapa tertidur sebelum membaca hizibnya pada
waktu malam atau sebagian dari padanya, kemudian membacanya antara
sembahyang Fajar dan sembahyang Zuhur, maka dia ditulis seolah-olah
membacanya pada waktu malam.”
(Riwayat Muslim)
Diriwayatkan dari Sulaiman bin Yasar, katanya: “Abu Usaid ra berkata,
“Semalam aku tertidur sebelum membaca wiridku sehingga pagi. Apabila tiba
waktu pagi, aku mengucapkan istirja’ (Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun).
Wiridku adalah surah Al-Baqarah. Kemudian aku bermimpi seolah-oleh seekor
lembu menandukku.”
(Riwayat Ibnu Abi
Dawud)
Diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya dari salah seorang penghafaz Al-
Qur’an bahawa pada suatu malam dia tertidur sebelum membaca hizibnya
kemudian dia bermimpi seolah-olah ada orang berkata kepadanya:
Aku heran pada tubuh yang sihat,
Dan pemuda yang tidur sehingga pagi.
Sedang kematian tidak boleh dihindari kedatangannya,
Bahkan di kegelapan malam pun ia mungkin akan tiba.